Unprivate Blog~
RINDU SEGALANYA DEKAT SNOW WORLD
Saturday, 31 August 2013 | 8/31/2013 12:19:00 am | 0 comments
Assalammualaikum.

Lama aku tak buka blogger ni berhabuk dah bersawang tu tak payah cakap lerr.
Selalu online #Twitter dgn #Facebook sampai lupa pula aku kat #Blogger ni.
Kali ni aku nak story yg aku tak sabar nak cerita sampai tersenyum ingat balik semua kenangan.
Memang lama aku menghilang sampai ada yg tanya khabar aku sendiri tak ada masa nak jawab bukan sbb tak nak layan tapi busy dgn life aku phone pun tak pandang .
Aku bertapa dekat #Genting #Highlands selama 5 bulan , hihi act aku kerja kat sana .
Aku buat temporary kat #Snow #World.
WOWW !!!
Macam best dengar kan ? Act lagi best kalau dapat kenali staff dekat sana sebab diorang memang sporting habis masuk dengan kepala aku bila lepak sekali.


Ni nama dia Fatin Nadiah . Umur 19 Tahun . Stay dekat Serendah.
Aku kenal dia masa kami jadi roomate dekat #Genting buat part time tahun baru cina.
Stay satu bilik dgn dia buat aku tambah rapat dgn Adila,Mimi termasuk Fatin.
Pergi mana2 mesti kami berempat je.
Masa cuti sekolah pertengahan hari tu kami buat part time juga dapat kat #Snow #World,
kami berempat buat keputusan utk buat kontrak.Adila dgn Mimi dapat kat #Skyway
then aku dgn Fatin sambung dekat #Snow #World.
Tingkat dgn bilik dapat lain2 tapi aku selalu tidur bilik Fatin sbb roomate aku pun jarang balik so aku sorang2 tambah pula aku ni penakut ! Grr .
Fatin lah adik aku . Dia juga kawan aku.
Banyak kenangan aku dgn dia sampai yg sedih,happy,geram dan kelakar pun ada .
sshhh ! akak tak cerita pun pasal akak g welfare tolong fatin, hihi !
Tidur,makan,lepak,kerja,shopping semua sama2 dah macam belangkas.
hee ! Akak rindu fatin . sop sopp .


Ni pula Lily Suriany . Ingat nama dia sebab dia kawan sekolah aku masa Form 5 lepas tu kami kelas sebelah2 kerja kami kaki gosip pula . hee .
Masa aku masuk je #Snow #World dapat tahu rupanya dia dah lama kerja situ lepas habis sekolah.
Kami masing2 kenal semakin rapatlah.Tambah pula aku pernah dapat satu group dgn dia so kalau pergi kerja tu dia mesti ada kerja kami pot pet pot pet bila jumpa tapi kerja jalan. hee.
Dulu masa sekolah dia dgn aku cuma kawan biasa geng lain2 tapi bila aku kat atas kenal dia macam mana tengok okayy je.Jangan menilai orang dari luaran itu pepatah melayu.
Lawa? Itu aku pun tahu.Sayang kau weii ;)


Ehem ehemm. Nama dia ni lagi aku ingat. Nor Zaireen Idayu.Mana tak nya aku selalu tulis nama dia bila nak isi Mizisoft(O.T).Dia kakak yg aku rapat kat sana.
Best gila dapat kenal kak ayu ni ,okay sgt !
Dia jaga aku kat sana bagi makan sbb aku pernah tidur bilik dia faham2 orang penakut macam aku ni.
Aku suka duduk rapat dgn dia sbb rambut dia wangi mula nak belai rambut dia yg lembut tu.Kat Snow World ada juga dapat tourist cina yg tak boleh cakap English nasib kak ayu ada yg faham.
Kak ayu ni manja tau,aku suka tgok dia bercakap sbb bila dia jeling je mata nampak cute je . hihi.
Kak Ayu thanks sbb pernah jaga memey tak berkira bagi makan masa memey kat sana.


Nama akak ni Suzilawati, aku panggil dia Kak Liza.
First tgok kak liza ni cun je bila lihat.Masa mula2 aku masuk sana dia yg ajar aku buat kerja sana sini.
Jarang nak tegur masa tu tapi bila dah lama2 kenal tak payah cakap lerr bergurau dgn kak liza je.
Kak Liza ni orangnya tinggi tapi comel bila dia gelak tutup dgn tangannya.
Ada satu hari tu dia beli roti hotdog dgn roti goreng letak sos memang nampak pelik tapi bila makan pehh sedap siot.Ni kak liza ajar sampai aku pergi kerja beli macam yg dia buat tu.
Hee,rindu nak bergurau dgn kak liza tau tak ! ^_^


Mamat ini pula nama dia Fariz tapi staff2 sana panggil dia TO'OT,pelik je dgr kan?
But realiti nak sebut masa mula pun gagap.
Dia ni kepala gila2 memang masuk air lah kalau bercakap dgn dia.
Masa mula aku kenal mamat ni paling takut nak dekat dgn dia contoh bila aku cakap
"Asal jadi macam tu"
Nanti mula dia menyampuk dgn mata miang dia pandang
"Tak suka macam tu yeee"
Aku yg tgok ni fikir lain je.
HAHAHA !
Bila lama2 kenal dia ni macam2 karenah sampai aku pun malas nak layan.Kadang tu kami bertekak perli sana sini tapi aku anggap gurauan je.
Sakit jiwa kalau lepak sekali dgn dia tak kering gusi sampai kadang aku tergelak dgn lawak2 dia.
Jarang juga aku tengok dia serius.Btw, kawan dgn dia mmg best sbb dia jenis tak memilih kawan.


Mamat sorang ni pula nama dia Shahrul Izham tapi sana panggil dia Bob.
Dia ni pun sama macam To'ot macam2 karenah buat dkat tempat kerja.
Aku kenal dia pun sebelum aku kerja kat Snow World kami buat part time sama2 dkat VSM.
Masa aku kerja Snow World tak sangka pula dia dapat jadi staff kt situ.
Gambar ni aku tangkap kan yela masa break je kami suka round2 dkat
#Outdoor #Genting free kan masuk sbb staff . hihihi.
Tapi dia ni layan aku macam aku ni budak 18 tahun padahal kami sebaya je.
Aku tak lupa juga dia pernah bagi aku semangat masa aku tengah sedih pasal capital N tu,
THANKS ehh bob . Aku tak lupa.


Nama dia Syahir,aku kenal dia pun baru lagi.Masa mula2 tu kami tak ada banyak bercakap biasalah baru kenal kan dah kenal senyap saja lah riuh rendah sana sini.
Kami ni selalu bergaduh bukan betul2 tapi nak bergurau pun tak tengok tempat juga lah yela waktu bekerja boleh lagi main baling2 gloves sampai bersepah yg kutip?
aku dgn dia juga. Hahaha ~
Dia ni kelakar juga lerr kalau lepak dgn dia.Pen pun selalu minta kat aku kalau nak isi Check In/Out .hee.
walaupun tak lama kenal kau tapi aku rasa best kawan dgn kau.


Nama dia Syafiq(sorry tak ingat nama penuh kau) tapi sana panggil dia Apit.
Nampak gambar tu ? Haha . Lily dgn aku punya kerja.
Lily tolong make-up kan yg make-up tu aku punya.
Kerja gila kami bila ada satu hari tu kami bosan sangat2 !
Aku yg tgh taip ni boleh tersenyum bila ingat balik apatah
aku ada dekat situ pecah perut weii tgok dia macam tu.
Sorry apit aku upload gambar kau ni .hihi :D
Dia ni suka tarik rambut aku bila aku tgh leka buat apa2 ke.
paling pantang betul lah bila rambut panjang.
Kadang geram juga tapi tu semua gurauan je.
Rindu lepak dgn kau apit tambah pula cara kau cakap ada yg kelakar.


Nama dia Nor Fadzilah , panggil dia Eila.
Comel?Belum jumpa dia face-to-face lagi  comel ! sape2 tgok dia mesti geram tgok minah putih comel pula.
Aku kenal dia sekejap je masa dia kerja sana.Dia adik dan aku kakak tapi kami dah macam kawan je sbb dia cakap muka aku macam sebaye2 dia je . Atoto
Dia ni diam2 ubi berisi kalau sekali bercakap tu aku suka tgok.
Sekali hari tu aku masuk kerja tu tahu2 je dia dah resign sedih tak dapat jumpa dia lagi.
Tapi disebabkan skrg dah canggih kami still contact dkt #Facebook.
Eila comel comel Eila comellll :p


Akak yg ini pula nama dia Murni Nurzaihan.Aku panggil kak murni.
Kak murni asal dari terengganu.
Aku tak lupa masa mula kenal dia tu aku tanya dia
"Tandas kat mana kak"
hehe, mana pernah lupa.
Masa hari tu aku ganti puasa kt atas tu dia pun sama so pergi sahur sekali dgn pakai baju tidur . hehe.
Fatin pun sekali mana boleh aku tggal sayang aku tu . haha .
Kak murni ni suka cerita something apa2 je tapi lama2 kenal dia okay je.


Last sekali orang2 penting kat SnowWorld tu
..................................................



  • ABANG YOB-supervisor yg best sangat.Aku rapat dgn dia.Aku tak lupa masa first2 cakap dgn abg yob dia panggil aku nak cakap something else tapi aku boleh cakap SEKEJAP.Masa tu dia cakap "berani cakap dkat supervisor macam tu?".Aku yg dgr takut je lalu terus pergi dkat dia.Abang yob ni sporting boleh faham perangai staff2 snow world macam mana termasuk aku yg baru tu.
  • ENCIK SAMSOL-ini Bos Besar kat snow world sbb dia AZ.Encik Samsol ni aku dah anggap macam ayah sendiri,tak pernah aku jumpa bos yg sporting baik macam ni.
  • ABANG K-PUL-supervisor snow world ni kadang bila borak dgn dia kelakar juga.Dia kat sana tegas suka bagi advise kalau ada apa2 jadi.Kalau nampak abg kepul aku takut nanti dia mula lah.....garangkan.
  • ABANG MIE-yg ni aku tak ada gmbar nya tapi aku boleh story serba sedikit pasal supervisor aku ni.Kalau kt sana sape2 nampak abg mie mesti lari yela nanti dia kana bagi Patukan luar biasa sampai aku sendiri bila kena buat muka monyok kt dia.Lama tak rasa patukan Abg Mie.Kalau lagu KEHILANGAN-FIRMAN diputarkan tgok lah macam mana abg mie nyanyi lagu favourite dia tu.

Aku ada cakapkan sebelum aku masuk Snow World,aku pernah kerja kat VSM.
Abang2 ni yg jaga aku,adila,fatin dan mimi masa kat atas.Diorang baik sangat.
Happy bila dpat kenal dgn dorang ni.Macam2 karenah tapi dorang anggap kami macam adik2 juga.
Thanks sebab selama ni selalu ada dgn Memey,Adila,Fatin dan Mimi waktu kami susah.


Last sekali nak cakap,aku rindu saat2 ni dgn dorang.
Aku rasa seronok dapat kenal dgn dorang.
Walaupun umur berbeza tapi kami sayang macam kawan dan juga adik beradik.
Sekali berkumpul tu memang masuk air dgn karenah masing2 bila ingat balik boleh tersenyum sorang2.

AKHIR KATA,
sedang aku taip pasal story ni kat luar tu dah bunyi bunga api kat luar so tak terlambat aku nak cakap
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN :)

P/S :Sorry kawan2 sebab memey ambil gambar senyap2 tambah pula baju colour Blue amboi masing2 sedondon baju raya warna sama.Comel je !!

Older Post
About Owner
I'm Memey Hadi. The tallerless have a big dreams. Thanks for visit my little blog ! !

Let's Talk
Put your shoutmix code here. The width must be 200px - 230px only.

Bias?
THANK YOU FOR COMING MY BLOG. IF HAVE FREE TIME COME TO MY BLOG AGAIN. HOPE YOUR DAY NICE :)

Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

About Links Entries